Bayi digigit hingga berdarah

Kluang, Jan 16.
Seorang bayi lelaki berusia enam bulan mengalami kesan gigitan di badan, manakala abangnya pula mempunyai kesan berbirat di muka dipercayai dilempang pada hari pertama mereka dihantar ke rumah pengasuh.

Ibu mangsa, Nurhidayah Jamil berusia, 32, mendakwa, kedua-dua anaknya itu mengalami kecederaan berkenaan ketika di bawah jagaan pengasuh di sebuah rumah taman di daerah ini.

Beliau berkata, bayinya kini ditahan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom untuk rawatan susulan, manakala abangnya masih trauma dan berada di rumah.

“Hari pertama di rumah pengasuh berakhir dengan tragedi yang perit bagi anak-anak. Baby Luth yang baru berusia enam bulan mempunyai kesan lapan gigitan sehingga terkoyak kulit dan berdarah.”Abang Nuh pula ada kesan lempang berbirat di muka.

Sampai sekarang Abang Nuh masih trauma sampai demam, dia sendiri saksi nampak adik dia kena gigit. Doakan Luth dan Nuh cepat sembuh luka, demam dan trauma,” katanya dalam status yang di muat naik di Facebook semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata suspek wanita berusia 20-an direman selama empat hari sehingga Khamis untuk siasatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here