Caj minimum tarif air Selangor naik 50 sen

Kuala Lumpur, Jan 19.
Kerajaan Selangor mengumumkan peningkatan 50 sen caj minimum dan 8 sen untuk 20 meter padu pertama air, susulan pelarasan tarif untuk pengguna domestik diluluskan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) berkuat kuasa 1 Feb.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata caj minimum kini meningkat RM6.50 manakala kediaman menggunakan air hingga 20 meter padu pula perlu membayar tambahan 65 sen bagi setiap meter padu atau maksimum RM1.60 sebulan. Menurutnya, kadar baharu hingga 35 meter padu pula meningkat kepada RM1.32 manakala penggunaan lebih daripada itu caj baharu adalah RM2.63 berbanding kadar lama, RM2.

Amirudin berkata kerajaan negeri akan menyerap peningkatan kos bagi lebih sejuta penduduk meliputi 285,673 akaun di bawah Skim Air Darul Ehsan (SADE), yang kadar bil mereka dijangka meningkat daripada RM11.40 kepada RM13 sebulan.“Kos tanggungan kerajaan negeri akan meningkat daripada RM31.8 juta kepada anggaran RM37.3 juta setahun. “Kerajaan Selangor juga akan menanggung peningkatan bagi rumah ibadat dan kebajikan dengan anggaran kos RM2 juta,” katanya dalam kenyataan, sambil menjelaskan RM40 juta untuk melaksanakan inisiatif berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here