Kuala Lumpur, Jan. 19-
Terusan di luar kawasan Kuil Sri Subramaniyar , Batu Caves telah diperbaiki sekarang setelah Harian Tamil Makkal Osai menyiarkan laporan mengenai keadaan itu pada 15.1.2024.
Pengguna jalan kawasan melaporkan bahawa terusan tepi jalan di luar Kuil Batu Caves itu dalam keadaan berbahaya dengan tidak ditutup. Pada masa perayaan Thaipusam yang semakin hampir dan ia harus diperbaiki segera .
Terusan itu tidak dalam keadaan tutup dan selalu dalam berkeadaan terbuka sahaja. Orang ramai meluahkan rasa kebimbangan mereka agar ia menimbulkan bahaya besar kepada pengguna jalan kawasan tersebut semasa perayaan Thaipusam.
Laporan itu juga menyatakan bahawa terusan dibiarkan tidak bertutup meletakkan penumpang yang turun dari bas, termasuk orang ramai yang berjalan kaki, sehingga terjatuh ke dalam terusan.
Memandangkan Thaipusam semakin hampir, terdapat ratusan ribu orang termasuk kanak-kanak dan dewasa berkumpul di situ. Mereka meminta Majlis Perbandaran Selayang mengambil langkah sewajarnya untuk menyelesaikan masalah itu secepat mungkin.
Susulan laporan itu disiar dalam Harian Tamil Makkal Osai, ia dibawa ke perhatian Menteri Besar Negeri Selangor Datuk Seri Amiruddin Shari. Seterusnya tindakan diambil dengan segera dan Pagi Rabu lalu tempat itu kelihatan melalui proses penyelenggaran dengan tindakan pantas Majlis Perbandaran Selayang.





















