Jawatan speaker Dewan Negara kosong – Anwar Sahkan

Petaling Jaya, Jan 22.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata sekretariat kerajaan perpaduan akan mengadakan pertemuan malam ini bagi membincangkan pelantikan Yang di-Pertua Dewan Negara yang baharu.

“Supaya ia (pelantikan speaker Dewan Negara) dapat disegerakan,” katanya dalam satu majlis di Universiti Malaya.

Kenyataannya itu susulan laporan media sebelum ini bahawa Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah meletak jawatan sebagai Speaker Dewan Negara dan sedang bersiap sedia dilantik sebagai Yang di-Pertua Sarawak kelapan.

Beliau dikatakan bakal menggantikan Taib Mahmud.

Dalam pada itu, Anwar berkata proses pelantikan TYT yang baharu dikemukakan oleh Premier Sarawak Abang Johari Openg dan beliau telah mengemukakan nama calon kepada Yang di-Pertuan Agong minggu lalu untuk perkenan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here