Dakwaan Tun M : Siasatan lengkap 3-4 hari lagi

Johor Bahru, Jan 24.
Polis menjangkakan kertas siasatan berhubung kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai masyarakat India yang didakwa tidak setia kepada negara, akan siap dalam tempoh antara tiga hingga empat hari lagi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata kertas siasatan berkenaan akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) selepas siasatan dilengkapkan.

“Semalam kita sudah ambil percakapan Tun Dr Mahathir dan siasatan diteruskan.

“Dalam masa tiga hingga empat hari lagi, mungkin kertas siasatan akan dirujuk kepada pihak AGC selepas siasatan kita selesai,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here