Curi udang, sotong – Dipenjara 2 minggu

Kuala Lumpur, Jan 27.
Seorang penunggang p-hailing dihukum penjara dua minggu oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana mencuri udang dan sotong di sebuah pasar.

Majistret Wong Chai Sia menjatuhkan hukuman itu selepas Khamirul Azmi Basli, 35, mengaku mencuri bahan mentah terbabit yang bernilai RM350 milik seorang peniaga di Pasar Datuk Keramat pada jam 10.30 malam, 9 Januari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan boleh dikenakan denda manakala bagi kesalahan kali kedua, pesalah perlu dihukum penjara dan boleh dikenakan denda atau sebatan.

Wong memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara dari tarikh ditangkap iaitu 22 Januari lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here