Daim dihadap ke mahkamah Isnin ini

Kuala Lumpur, Jan 27.
Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin ini, berhubung gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta.

Daim berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil rakaman percakapan beliau, semalam.

“Semalam pegawai SPRM telah merakam kenyataan daripada saya. Peguam saya telah dimaklumkan bahawa saya akan didakwa pada hari Isnin Jan) atas kesalahan di bawah Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 yang merupakan kesalahan yang berkaitan dengan pendedahan aset,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Daim, beliau bersedia menghadapi prosiding mahkamah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here