Kuala Lumpur Selepas Mirzan disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu lalu, kini tiba giliran seorang lagi anak Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Mohkzani, dipanggil agensi siasatan sama hari ini.
Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi hari ini.
Difahamkan, Mokhzani yang juga ahli perniagaan hadir ke ibu Pejabat SPRM kira-kira jam 11 pagi tadi, dipercayai berkaitan notis pengisytiharan harta.
BH difahamkan, Mokhzani disiasat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.





















