Pemandu kereta halang ambulans di MRR2 disahkan ada masalah psikiatri – Polis

Kuala Lumpur, Jan 27.
Pemandu sebuah kereta yang menghalang laluan sebuah ambulans di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), di sini, semalam, disahkan ada masalah psikiatri.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh, berkata pihaknya mengesan pemandu wanita berusia 41 tahun itu selepas pemandu ambulans terbabit membuat laporan polis.

“Pemandu kereta jenis Toyota Camry itu telah dibawa ke Balai Polis Trafik bagi membantu siasatan.

“Bagaimanapun, pemandu itu didapati menghadapi masalah psikiatri, justeru dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan serta mendapatkan laporan perubatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here