Kondo ‘sarang’ koloni warga asing digempur

Putrajaya Jabatan Imigresen Malaysia menggempur sebuah kondominium di sini, yang dijadikan penginapan sewa atau asrama kepada pekerja asing menerusi Operasi Penguatkuasaan, tengah malam tadi.

Dalam serbuan bermula jam 12 tengah malam, sebanyak 47 unit di empat blok kediaman yang disyaki dihuni warga asing diperiksa oleh pasukan operasi.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh, berkata pemeriksaan bersasar itu hasil risikan dijalankan selepas pihaknya menerima aduan orang ramai berhubung kebanjiran warga asing di kawasan berkenaan.

“Hasil serbuan dijalankan, seramai 127 warga asing diperiksa dan daripada jumlah itu, 25 orang termasuk dua wanita berusia antara 25 hingga 45 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan.”Mereka yang ditahan terdiri daripada 13 warga India, enam Indonesia, tiga Pakistan, dua Myanmar dan seorang Filipina,” katanya selepas mengetuai operasi berkenaan. Ruslin berkata, pendatang asing terbabit dikesan melakukan kesalahan tiada dokumen perjalanan diri sah, menyalahguna pas lawatan sosial dan permit kerja serta tinggal lebih masa.

Katanya, terdapat juga warga asing yang menyalahgunakan permit kerja iaitu masuk ke negara ini untuk bekerja dalam sektor pembinaan, namun bekerja di restoran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here