2 bengkel terbakar, 16 kenderaan musnah

Sungai Petani, Feb.
Kebakaran membabitkan dua buah bengkel di Taman Keladi di Sungai Petani awal pagi hari ini mengakibatkan sebanyak 16 kenderaan termasuk lima kereta dan 11 motosikal musnah dalam kebakaran .

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, Ismail Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 5.23 pagi.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Sungai Petani yang diketuai Muhamad Rahimi Abu Hasan bersama 11 anggota ke lokasi kejadian.

“Kebakaran berjaya dikawal pada 5.45 pagi. Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here