Lelaki amuk pukul emak dengan tukul

George Town, Feb 14.
Anggota bomba mengambil tiga jam memujuk seorang lelaki yang memukul ibunya dengan tukul dan mengugut mahu meletupkan tong gas di sebuah flat di Jalan Gangsa, George Town.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Shaari Mansor berkata, pihaknya menerima panggilan pada 10.57 malam dan sebaik tiba di lokasi, seorang lelaki 40-an mengunci pintu rumah dan mengikat pintu jeriji besi dengan dawai, selain memukul ibunya berusia 60-an.

Anggota bomba cuba memujuk lelaki terbabit, namun tidak berjaya kerana dia dipercayai di bawah pengaruh dadah.

“Dia juga menghidupkan pembersih hampagas yang dibimbangi akan mencetuskan kebakaran.
Susulan itu, beliau berkata, satu aliran air bertekanan tinggi dibuka sebagai persediaan berdepan kemungkinan kebakaran.

Katanya, suspek hanya melepaskan ibunya selepas kira-kira tiga jam dipujuk, sebelum dia ditahan polis dan mangsa diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan (KKM) untuk dirawat.

Ketua Polis Timur Laut, Razlam Ab Hamid mengesahkan suspek direman pagi tadi.

Difahamkan, lelaki yang tidak bekerja itu tinggal bersama ibunya dan seorang lagi ahli keluarga.

Ketika kejadian, suspek dikatakan memukul ibunya setiap kali anggota bomba cuba merapati mangsa untuk menyelamatkannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here