Sudah 6 hari tiada air

Lumut, Feb 14.
Penduduk, pengusaha hotel dan pelancong di Teluk Nipah dan Teluk Dalam, Pulau Pangkor, terkesan teruk akibat gangguan bekalan air tidak berjadual yang berlarutan sejak 8 Februari lalu.

Penduduk Kampung Teluk Dalam, Zainal Abidin Ismail, 54, berkata mereka sudah lali dengan masalah tekanan air rendah pada setiap kali musim cuti sekolah, bagaimanapun situasi kali ini amat meruncing kerana langsung tiada air selama enam hari berturut-turut.

Menurutnya, penduduk di Teluk Dalam dan Teluk Nipah kini hanya bergantung kepada bantuan lori tangki air daripada Lembaga Air Perak (LAP) namun tidak mencukupi.

“Kami dimaklumkan terdapat empat lori tangki setiap hari, tapi kadang-kadang cuma satu saja.

“Malam tadi saya tunggu hingga jam 3 pagi tapi langsung tiada. Jam 12 tengah hari tadi baru sampai.

“Situasi ini memang menyukarkan penduduk yang hendak mandi, membasuh baju, berwuduk dan minum.

“Tambahan lagi, kami perlu bersaing dengan pengusaha hotel atau resort yang kita faham perlu juga menjaga pelanggan,” katanya ditemui di Kampung Teluk Dalam, semalam. Zainal Abidin yang bekerja sebagai nelayan berkata, dia terpaksa berhabis wang membeli air mineral di kedai untuk kegunaan memasak di rumah.

Pengusaha hotel rugi besar kerana gangguan air

Pengusaha hotel, Syafiq Rozman, 38, berkata dia menanggung kerugian RM50,000 sepanjang enam hari berturut-turut ketiadaan air termasuk kos pengoperasian serta membayar pampasan kepada pelanggan yang sudah menempah bilik sebelum ini, namun terpaksa dibatal.

“Sumber ekonomi majoriti penduduk di pulau ini adalah pelancongan, jadi sepatutnya tempoh cuti persekolahan dan perayaan ini menjadi peluang mencari rezeki lebih terutamanya penjaja, pemandu teksi dan pengusaha sukan air.

“Pulau Pangkor adalah pusat pelancongan tetapi kita tak boleh terima dan terpaksa nasihatkan pelancong membatalkan percutian kerana gangguan bekalan air tiada notis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here