‘Hero’ terjun longkang selamat wanita hanyut bersama Myvi

Kota Tinggi, Jan 8.
Choo Ngiam Chong kontraktor berusia lingkungan 50-an, disifatkan ‘hero’ apabila video detik cemas menyelamatkan wanita yang dihanyutkan arus deras bersama kereta selepas kenderaan itu terbabas ke longkang tular. Ia memaparkan aksinya terjun ke longkang dengan arus deras berhampiran Jalan Bukit Samsu Jalan Kota Tinggi-Mersing di sini, sebelum membantu menyelamatkan mangsa yang berisiko hanyut.

“Saya tak fikir panjang dan terus terjun untuk selamatkan wanita itu selepas melihatnya hanyut dibawa arus deras.” Demikian kata Ngiam Choong, menceritakan detiknya . Bercerita lanjut, katanya, ketika kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, dia dalam perjalanan menikmati sarapan pagi dari Kota Tinggi menuju Mawai, sebelum menghentikan kenderaan sebaik melihat rakannya menghentikan kereta.

Katanya, dia terkejut mendapati sebuah kereta hanyut dalam longkang dengan dua wanita turut dihanyutkan arus deras.

Seorang wanita sempat menyelamatkan diri, manakala seorang lagi hanyut… melihatkan berisiko untuk lemas, saya terus terjun untuk mencapai wanita itu dan beberapa rakan serta orang awam berada di tempat kejadian juga membantu.

“Saya memang pandai berenang dan pernah meredah kawasan bukit serta mencabar sebelum ini.
Syukur saya memiliki stamina untuk bantu mangsa itu.Wang ringgit masih boleh dicari namun sekiranya nyawa melayang tiada penggantinya,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, tular video memaparkan sebuah Perodua Myvi dihanyutkan arus dengan seorang wanita dilihat berpaut pada bahagian belakang kenderaan itu sambil meminta tolong.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here