Pesawat terhempas – Mangsa terbenam sama kokpit

Kapar, Feb 14.
Dua mayat mangsa nahas pesawat ringan model BK 160 Gabriel yang terhempas di Kampung Tok Muda, dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, untuk proses bedah siasat.

Mangsa terdiri juruterbang Daniel Yee Hsiang Khoon, 30, dan Roshaan Singh Raina, 42, dibawa keluar secara berasingan menggunakan dua trak polis kira-kira 8.10 malam.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan mengesahkan kedua-dua mangsa maut dalam kejadian itu.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa dipercayai terbenam bersama bahagian kokpit pesawat sedalam lebih 2m, di kawasan ladang kelapa sawit dalam kejadian dilaporkan pada 1.45 tengah hari tadi.

Selain itu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah pesawat ringan yang terhempas itu melibatkan dua mangsa.

Pesawat dikendalikan Air Adventure Flying Club itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, 1.28 tengah hari bagi penerbangan rekreasi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here