Penerbangan solo pertama Roshaan …

Johor Bahru, Feb 15.
“Pada pagi hari kejadian, Roshaan menghantar mesej kepada kami dalam kumpulan sembang ‘Primary School United’, menyatakan dia akan pergi untuk penerbangan solo pertamanya sebentar lagi, kami mengucapkan selamat kepadanya,”.

Demikian menurut hantaran rakan kepada mangsa tragedi pesawat ringan terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, Roshaan Singh Raina itu menerusi akaun Facebook miliknya.

Lelaki dikenali sebagai Navin menyatakan pada jam 2.30 petang hari kejadian semalam, dia menghantar mesej kepada pembantu juruterbang itu untuk bertanyakan bagaimana keadaannya dan sama ada semuanya baik namun tiada jawapan.

“Sebelum tidur pada jam 1 pagi, saya berasa tidak senang dan melakukan pencarian ‘nahas kapal terbang’ di Google.

Navin menyatakan mendiang adalah rakan sekelas dan rakannya di sekolah rendah.”Kami bertemu semula beberapa bulan yang lalu selepas bertahun-tahun lamanya dan ia merupakan pertemuan yang penuh emosi, berkongsi gambar, cerita dan pengalaman. Kami merancang untuk bertemu sekali lagi pada bulan Mac beliau mengulas lagi.

Roshaan, 43, bersama juruterbang Daniel Yee Hsiang Khoon, 30, terbunuh selepas pesawat ringan model BK 160 Gabriel yang mereka terbangkan terhempas pada jam 1.45 tengah hari.

Kedua-dua mangsa dipercayai terbenam bersama bahagian kokpit pesawat di kawasan ladang kelapa sawit.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao dilaporkan berkata bedah siasat terhadap kedua-dua mangsa mendapati punca kematian adalah akibat pelbagai kecederaan nahas pesawat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here