Bapa bakar motosikal demi selamatkan anak

Kuala Lumpur, Sep-
Tular di laman sosial TikTok, sebuah video yang memaparkan tindakan nekad seorang bapa membakar motosikal anak lelakinya sehingga mengundang perhatian ramai.

Difahamkan, tindakan itu diambil selepas anaknya dikatakan tidak mendengar nasihat dan kerap keluar pada waktu malam.

Dia juga meluahkan rasa tidak puas hati dengan perangai anaknya yang didakwa menjadi liar selepas memiliki motosikal.

Kisah tular itu dikongsikan menerusi akaun TikTok @kajolmarey01, di mana lelaki itu menunjukkan motosikal yang terbakar sambil memberi peringatan keras kepada anaknya dan juga golongan muda yang lain.

Dalam video yang meraih perhatian netizen, lelaki itu dengan tegas menyatakan bahawa tindakan membakar motosikal adalah akibat daripada anaknya yang dikatakan degil, sering keluar malam, menurut portal thevocket.com.

Selain itu, kedengaran juga lelaki itu menyuarakan rasa tidak puas hati dengan sikap anaknya yang menjadi liar selepas adanya motosikal.

“Lebih baik aku bakar motosikal ini daripada kamu mati di jalan raya!” menurut lelaki itu sambil menunjukkan motosikal yang sedang terbakar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here