Warga emas mati di atas bumbung

Ampang, Feb 17.
Lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia atas bumbung sebuah bangunan rumah kedai di Taman Pandan Cahaya di sini, malam tadi.

“Bomba menggunakan jentera Aerial Ladder Platform (ALP) bersama bantuan pasukan polis menurunkan mangsa,” kata penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada 7.04 malam.

Beliau berkata, sebuah jentera dengan kekuatan enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, pasukan mendapati seorang lelaki berusia 71 tahun tidak sedarkan diri atas bumbung dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Ampang. katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mayat lelaki itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here