Lelaki berpaut belakang treler

Kulai, Feb 17.
Polis giat mengesan seorang lelaki yang membuat tindakan berbahaya dengan berpaut pada belakang sebuah treler yang sedang bergerak di atas lebuh raya.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tan Seng Lee, berkata kejadian itu disedari pihaknya pada 12 tengah hari semalam selepas video tular di media sosial.

Katanya, siasatan dilakukan mendapati kejadian itu berlaku di Kilometer 35 Lebuhraya Link Kedua menghala ke Senai pada 10 pagi Khamis.

“Ketika kejadian, pemandu lori Scania dari Kangkar, Pulai menghala ke kawasan Perindustrian Senai mungkin tidak menyedari terdapat lelaki berpaut di belakang kenderaan dipandunya.

“Pemandu terbabit didakwa hanya menyedari perkara itu setelah rakannya menghantar video viral berkenaan.

“Pemandu lori berumur 36 tahun telah hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kulai bagi siasatan lanjut pihak polis,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here