Kerana kemalangan pemandu dipukul mati

Kuala Lumpur, Feb 21.
Lima lelaki ditahan kerana disyaki memukul seorang pemandu kereta sehingga mati selepas kemalangan, di Taman Pelangi Semenyih 2, Kajang, dekat sini, kelmarin.

Terdahulu, polis menerima maklumat pada jam 9.20 malam mengenai satu kemalangan sebelum anggota trafik yang ke lokasi mendapati sebuah kereta jenis Proton Saga dipercayai terbabas dan melanggar pagar kawasan perumahan di situ.

Anggota turut menemukan pemandu kereta terbabit berada dalam keadaan terbaring di atas jalan, dan hasil pemeriksaan mendapati ada kesan pada pergelangan tangannya seperti bekas ikatan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata pasukan perubatan yang hadir ke lokasi bersama ambulans kemudian mengesahkan pemandu itu sudah meninggal dunia, manakala hasil semakan mendapati mangsa adalah lelaki tempatan berusia 42 tahun.

“Sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, turut hadir di lokasi. Hasil siasatan mendapati saksi penghuni kawasan perumahan itu mendakwa selepas kereta dipandu mangsa terbabas, dia ditarik keluar dari kereta oleh sekumpulan lelaki sebelum dipukul.

“Kemudian, (saksi mendakwa) tangan mangsa diikat sambil terbaring di tengah jalan berhampiran kenderaan. Apabila kenderaan Peronda Polis tiba di lokasi kejadian, semua individu yang berada di situ sudah beredar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

“Hasil maklumat dan risikan siasatan, kita berjaya menahan lima lelaki tempatan berusia antara 22 hingga 52 tahun pada jam 2.05 pagi tadi di sekitar kawasan Semenyih serta Beranang yang disyaki ada kaitan,” katanya.

“Hasil maklumat dan risikan siasatan, kita berjaya menahan lima lelaki tempatan berusia antara 22 hingga 52 tahun pada jam 2.05 pagi tadi di sekitar kawasan Semenyih serta Beranang yang disyaki ada kaitan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here