Garis panduan pakaian sekolah kekal

Kuala Lumpur, Feb.
Kementerian Pendidikan mengekalkan garis panduan sedia ada supaya murid memakai pakaian seragam dua hari seminggu ketika sesi persekolahan akan datang, termasuk di 12 kawasan yang diramalkan mengalami suhu panas tahap berjaga-jaga.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, bagaimanapun sekiranya cuaca panas ekstrim berlaku, pihaknya akan mendapatkan laporan susulan terutamanya daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum keputusan lain diambil.

Katanya, setakat ini MetMalaysia memaklumkan keadaan di 12 kawasan itu masih terkawal dan disebabkan itu tiada perubahan kepada garis panduan bagi pemakaian seragam di sekolah.

“Setakat ini, arahan berkenaan masih kekal seperti yang diumumkan Menteri (Fadhlina Sidek) pada Januari lalu iaitu dua hari pakaian seragam, dua hari pakaian sukan dan satu hari pakaian kokurikulum.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here