Lelaki pukul ibu hingga maut ditahan

Klang, Feb 24.
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai memukul ibunya menggunakan kasut keselamatan dan tukul besi sehingga meninggal dunia di sebuah rumah di Kampung Jawa, Klang dekat sini .

Ketua Polis Daerah Shah Alam Mohd Iqbal Ibrahim berkata suspek 33 tahun yang bekerja sebagai tukang gunting rambut itu ditahan di tempat kerjanya di Taman Sentosa, Klang pada 11.30 pagi semalam. “Mangsa dipercayai berselisih faham dengan suspek dan lelaki itu bertindak memukul ibunya menggunakan kasut keselamatan dan sebatang tukul besi sebelum melarikan diri,” katanya menurut laporan Bernama.

Mohd Iqbal berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 9.45 pagi daripada orang awam.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati mangsa suri rumah berumur 56 tahun, tinggal bersama suaminya dan suspek di rumah berkenaan.

Mohd Iqbal berkata suspek mempunyai rekod dadah dan jenayah serta hasil ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here