Tolak kekasih dari tingkat 23 – Lelaki ditahan

Lelaki ditahan disyaki Tolak kekasih dari tingkat 23

Kuala Lumpur, Feb.
Seorang wanita warga Thailand maut selepas jatuh tingkat 23 sebuah kondominium di Setia Alam, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata pihaknya menerima laporan kejadian jam 10.02 malamdari seorang lelaki yang juga saksi kejadian itu. “Menurut saksi, dia terdengar pergaduhan wanita itu dan suspek sebelum nampak mangsa ditolak daripada tingkat 23 dan jatuh ke tingkat 7 di kondominium tersebut.

Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki membunuh kekasihnya dengan menolak mangsa hingga jatuh dari tingkat 23 sebuah kondominium di Setia Alam.

Hasil siasatan, polis mendapati mangsa adalah seorang perempuan warga Thailand berumur 32 tahun dan tidak bekerja. Mangsa dan suspek merupakan pasangan kekasih,” katanya dalam satu kenyataan.

Iqbal berkata, susulan kejadian itu polis menahan lelaki berusia 37 tahun di lokasi kejadian dan perintah reman terhadap suspek akan dipohon di Mahkamah Shah Alam pagi ini.

“Siasatan awal mendapati suspek yang bekerja sebagai pemandu lori mempunyai tujuh rekod jenayah, satu rekod berkait dadah dan hasil ujian saringan air kencing dapati suspek juga positif ganja,” katanya.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat Muhammad Khairi Kamaruddin di talian 0122666025.

Terdahulu tular di media sosial X kejadian seorang wanita dilihat terjatuh dari sebuah kondominium dipercayai ditolak oleh seorang lelaki.

Mangsa dilaporkan mati serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here