Lebih 50% graduan bekerja dalam pekerjaan bukan standard

Kuala Lumpur, Mac.
Graduan yang bekerja dalam pekerjaan bukan standard, termasuk pekerjaan berstatus sementara dan kontrak, separuh masa dan bekerja sendiri menunjukkan trend peningkatan sejak sedekad yang lalu.

Khazanah Research Institute (KRI) menerusi laporan bertajuk Shifting Tides: Charting Career Progression of Malaysia’s Skilled Talents, mendapati hanya 46.8 peratus graduan pada 2010 bekerja dalam kategori tersebut.

Namun, pada 2021, ia telah meningkat kepada 55.9 peratus, dengan 16.1 peratus memilih untuk bekerja sendiri, separuh masa (14.6 peratus) dan kontrak atau sementara (25.2 peratus).”Pekerjaan ini adalah bersifat lebih berisiko kerana pendapatan yang tidak tetap, perkembangan kerjaya yang terhad dan kurang perlindungan sosial.”Peratusan graduan berstatus kerja tetap sepenuh masa turut menurun, daripada 53.2 peratus pada 2010 kepada 44.1 peratus pada 2021.

“Selain itu, lebih separuh graduan bekerja ingin menukar pekerjaan, menunjukkan tahap ketidakpuasan yang tinggi terutamanya disebabkan oleh terlebih kelayakan, gaji rendah dan jenis pekerjaan bukan standard,” memetik laporan yang diterbitkan pada Isnin tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here