Helikopter terhempas dekat Pulau Angsa

Kuala Lumpur, Mac.
Sebuah helikopter jenis Agusta Westland AW139 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia terhempas dekat Pulau Angsa, Kuala Selangor pagi tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu daripada orang awam pada kira-kira 10 pagi.

“Maklumat awal yang diterima terdapat empat orang mangsa dan diselamatkan nelayan,” katanya.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia turut mengesahkan insiden itu dan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here