Kuala Lumpur, Sep-
Dua kilang dipercayai menghasilkan peralatan perlindungan peribadi (PPE) termasuk sarung tangan pakai buang di Kawasan Perindustrian Sinaran di Kajang, dekat sini, terbakar hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 1.45 tengah hari tadi.
Katanya, jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn tiba di lokasi kira-kira 15 minit kemudian.
“Kebakaran membabitkan dua kilang dan setibanya pasukan di lokasi, api sedang marak dan kerja pemadaman sedang giat dilakukan,” katanya melalui kenyataan, hari ini.





















