KUALA LUMPUR –
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata empat lelaki warga China dan seorang lelaki tempatan yang ditahan dikenal pasti mempunyai kaitan dengan satu kes serbuan sindiket dadah terdahulu di sebuah kondominium di Bandar Tun Razak, 12 Feb lepas.
“Dadah pelbagai jenis bernilai lebih setengah juta telah dirampas kali ini. Kami turut menjumpai kaitan kesemua tangkapan serta rampasan ini dengan kes terdahulu di mana mereka dipercayai datang daripada sindiket yang sama yang aktif dalam aktiviti pengedaran dadah sekitar Lembah Klang.
“Sebuah lagi unit di residensi sama yang dijadikan tempat penyimpanan dadah turut ditemui selepas polis menahan seorang warga tempatan berusia 33 tahun berasal dari Sarawak. Suspek dipercayai bertindak selaku tukang masak atau chef dadah,” katanya.