45 rumah musnah dalam kebakaran

Tawau, Mac.
Sebanyak 45 rumah yang dibina di atas air musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Tanjung Batu Laut Logpond di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau Jemishin Ujin berkata anggaran keluasan kawasan kebakaran itu membabitkan 9,000 meter persegi. Operasi pemadaman dilakukan dengan tiga aliran pancutan (hos) menggunakan sumber air daripada jentera bomba, pili bomba serta air laut,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut Jemishin tiada kematian dilaporkan dalam kebakaran itu.Beliau berkata kebakaran dapat dikawal pada 4.31 petang dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Sementara itu, ketika dihubungi pemberita Jemishin berkata siasatan awal mendapati sebanyak 180 mangsa terkesan akibat kejadian kebakaran di kampung berkenaan.

“Kampung ini ada kira-kira 300 rumah, walaupun api berjaya dikawal pihak bomba masih memantau keadaan sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here