Hari Wanita Sedunia

Hari Wanita Antarabangsa disambut pada 8 Mac setiap tahun bagi mengiktiraf pencapaian wanita dalam pelbagai bidang serta memperjuangkan hak golongan berkenaan.

Sejarah Hari Wanita Antarabangsa bermula pada awal abad ke-20 di seluruh Amerika Utara dan Eropah. Tujuannya mengiktiraf perjuangan wanita untuk hak memilih, keadilan pekerjaan dan hak asasi manusia.

Menurut Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Hari Wanita Sedunia pertama kali diraikan di Amerika Syarikat pada 28 Februari 1909.

Pada 1945, Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjadi perjanjian antarabangsa pertama yang mengesahkan prinsip kesaksamaan antara wanita dan lelaki.

Seterusnya pada 8 Mac 1975, PBB meraikan Hari Wanita Sedunia secara rasmi buat kali pertama. Ia menjadi semakin penting dan diiktiraf secara meluas pada 1977 apabila Perhimpunan Agung PBB mengisytiharkan 8 Mac sebagai Hari Wanita Antarabangsa.

Tema kempen sambutan pada 2024 ialah ‘Inspire Inclusion’ yang menekankan kepentingan mengenai kepelbagaian dan pemerkasaan terhadap golongan wanita dalam semua aspek kemasyarakatan.

Ia menggariskan peranan penting penyertaan (inclusion) dalam mencapai kesaksasamaan jantina, memerlukan tindakan untuk memecahkan halangan, mencabar stereotaip dan mewujudkan persekitaran untuk semua wanita dihargai dan dihormati

* Hari Wanita Sedunia merupakan hari bagi menghargai dan mengiktiraf kejayaan yang diperoleh golongan wanita di seluruh negara dan juga dunia, tanpa mengira latar belakang, etnik, bahasa, budaya, ekonomi sekalipun politik.

* Merujuk kepada sejarah, kemunculan idea hari wanita ini bermula dengan dua peristiwa penting pergerakan wanita di Amerika Utara dan rantau Eropah.

* Pada Februari 1909, berlaku satu bantahan dan protes dalam kalangan wanita di Amerika Utara mengenai hak wanita mengundi sewaktu pilihan raya di negara-negara tersebut. Bantahan itu diketuai oleh para wanita dari Parti Sosialis Amerika Syarikat dan kemudiannya ia bertukar menjadi hari rasmi bagi golongan wanita.

* Kemudian pada Ogos 1910, Persidangan Antarabangsa Sosialis kali kedua di Eropah mencadangkan agar Hari Wanita itu turut dijadikan hari rasmi bagi wanita di seluruh dunia sebelum dipersetujui 27 delegasi yang hadir ketika itu. Saat itu, Hari Wanita Sedunia menjadi milik semua para wanita.

* Selain warna ungu, hijau dan putih pernah dijadikan warna tema Hari Wanita Sedunia di mana hijau melambangkan sebuah harapan manakala putih pula tanda kesucian.

* Hari Wanita mula di sambut pada 19 Mac 1911 di Jerman, Austria, Denmark dan Switzerland yang melibatkan himpunan besar-besaran dalam kalangan wanita.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here