Remaja 15 tahun didakwa bunuh bayi sendiri

Kemaman: Seorang remaja perempuan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh bayi lelaki yang baru dilahirkannya pada minggu lalu. Remaja berusia 15 tahun itu didakwa dengan sengaja membunuh bayi itu di sebuah rumah di sini, antara 7 hingga 9 pagi, 8 Februari lalu.

Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman menetapkan 16 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Azhani Azman manakala remaja terbabit diwakili peguam Nuraine Haziqah Shafii. Dalam kejadian pada minggu lalu, polis menemukan mayat bayi dipercayai ditikam dengan objek tajam di bahagian dada sejurus dilahirkan di rumah yang didiami remaja berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here