Shah Alam, Mac.
Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh teman wanita warga Thailand, minggu lalu.
V.Nathan, 37, yang memakai kemeja-T hitam mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sasha Diana Sabtu.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Mawika Lumyai, 32.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang 30 tahun tetapi tidak lebih 40 tahun, dan jika tidak dihukum mati, disebat tidak kurang 12 kali jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Farah Sofea Norazman manakala tertuduh diwakili T. P. Aravind.
Tiada jaminan diberikan dan mahkamah menetapkan 7 Jun untuk sebutan semula kes dan serahan laporan kimia.
Pada 28 Feb Ketua Polis Shah Alam, Mohd Iqbal Ibrahim, berkata pihaknya menahan seorang lelaki kerana disyaki membunuh kekasihnya dengan menolak mangsa sehingga jatuh dari tingkat 23 sebuah kondominium di Setia Alam.





















