Mydin Manjoi terbakar

Ipoh, Mac.

Pasar Raya Besar Mydin di Manjoi, di sini, dilaporkan terbakar, malam semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata bomba menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 7.09 malam. Susulan itu, beliau berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh dikejarkan ke tempat kejadian.

“Bomba mendapat panggilan mendakwa terdapat asap di bilik suis Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebelum berlaku kebakaran di tingkat atas,” katanya.

Beliau memaklumkan setakat ini, tiada mangsa dilaporkan terbabit, dan pasukan bomba masih berusaha memadamkan kebakaran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here