George Town, Mac.
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim bimbang peningkatan hampir 10% pekerja menghidap diabetes pada dekad lalu.
Memetik saringan kesihatan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), beliau berkata, jumlah pekerja didiagnos menghidap diabetes tahun lalu meningkat kepada 19.9% berbanding hanya 9% pada 2013.
Selain menjejaskan produktiviti di tempat kerja dan kualiti hidup lebih rendah, katanya, Perkeso terpaksa mengeluarkan lebih banyak wang untuk mewarat pekerja menghidap diabetes.
Menurutnya, Perkeso membelanjakan hampir RM300 juta tahun lalu untuk merawat pekerja menghidap diabetes.