Dr Mahathir dibenar pulang selepas 53 hari di IJN

Kuala Lumpur, Mac.
Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan pulang hari ini selepas 53 hari menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Menurut kenyataan pejabat bekas Perdana Menteri itu, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN pada 26 Januari lalu bagi menjalani rawatan akibat jangkitan yang memerlukan pemerhatian.

“Dr Mahathir dibenarkan pulang jam 11.30 pagi tadi selepas menjalani rawatan di IJN,” kata kenyataan ringkas itu.

Pada 20 Februari lalu, dilaporkan Dr Mahathir masih dalam pengawasan di IJN dalam menjalani proses pemulihan akibat jangkitan dialaminya. Pejabatnya turut berkongsi gambar terkini Dr Mahathir yang dilihat sedang membaca akhbar dan menulis catatan.

Malah, 11 Mac lalu pemimpin berusia 98 tahun itu turut membuat hantaran di media sosial dan mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam di negara ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here