KM382.8 Lebuhraya PLUS di Behrang catat pelanggaran had laju tertinggi

Kuala Lumpur, Mac.
Sebanyak 556,055 notis dikeluarkan tahun lalu, membabitkan kesalahan memandu lebih had laju yang direkodkan Kamera Perangkap Had Laju (AwAS).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata kesalahan pelanggaran had laju paling banyak direkodkan di lokasi KM382.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Behrang, Perak arah selatan.

Katanya, sebanyak 98,911 notis dikeluarkan antara Jun hingga Disember 2023 hanya untuk lokasi itu.

Buat masa ini, katanya, Kementerian Pengangkutan (MOT) belum bercadang meningkatkan had laju dan masih menetapkan 110 kilometer sejam .

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here