Stoking kalimah Allah: TMJ gesa tindakan tegas

Kuala Lumpur, Mac
Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dalam isu stoking kalimah Allah dan memastikan ia tidak berulang.

Tunku Mahkota Johor berkata, kalimah Allah adalah kalimah suci yang sangat tinggi di hati umat Islam.“Isu ini tidak boleh dipandang remeh. Saya memandang serius isu ini dan berharap perkara ini tidak mengganggu-gugat keharmonian negara,” katanya di Facebook rasminya.

Kontroversi itu tercetus minggu lalu apabila sebuah rangkaian kedai serbaneka KK Mart di Sunway menjual stoking tertera kalimah Allah.

Walaupun Pengasas KK Super Mart, KK Chai, mengemukakan permohonan maaf dan kesal dengan insiden itu pada Sabtu lalu, namun isu berkenaan masih hangat diperkatakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here