Cuaca panas dijangka kekal hingga April

Kuala Lumpur, Mac.
Cuaca panas ketika ini dijangka kekal hingga pertengahan April berikutan kurangnya awan yang boleh membawa hujan serta fenomena ekuinoks yang dijangka berlaku Rabu ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Ambun Dindang, berkata dalam tempoh ekuinoks yang menyaksikan jangka masa siang dan malam adalah sama, matahari berada tepat pada garisan Khatulistiwa dalam proses pergerakan dari hemisfera selatan ke hemisfera utara.

Beliau berkata, dalam tempoh itu suhu boleh mencecah antara 35 hingga 38 darjah Celsius bergantung kepada kehadiran awan dan hujan pada masa berkenaan.

Selepas 20 Mac kedudukan matahari berada di utara garisan Khatulistiwa termasuk di Malaysia, jadi kita menjangkakan suhu akan kekal tinggi hingga April sebab kedudukan matahari berada di utara garisan Khatulistiwa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here