Isu beras : 4 inisiatif untuk atasi!

Kuala Lumpur, Mac.
Kerajaan mengumumkan empat inisiatif untuk mengatasi isu kekurangan beras dalam pasaran.

Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, semalam.

Antara keputusan dicapai, kerajaan bersetuju supaya harga jualan runcit Beras Putih Import (BPI) diturunkan antara RM2 hingga RM3 di pasaran berkuat kuasa hari ini.

“Bagi meningkatkan akses rakyat kepada bekalan beras pada harga yang munasabah, kerajaan melalui mesyuarat NACCOL bersetuju supaya penurunan harga jualan runcit BPI di antara RM2 hingga RM3 di pasaran dilaksanakan berkuat kuasa pada Rabu, 20 Mac 2024.

“Kerajaan optimis inisiatif ini dapat bantu rakyat kurangkan kos sara hidup terutamanya semasa bulan Ramadan dan musim perayaan yang bakal menjelang,” kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu dalam kenyataan petang semalam.

Kementerian itu turut mengumumkan bagi meningkatkan pengedaran Beras Putih Tempatan (BPT) di pasaran, kerajaan memutuskan supaya semua stok semasa padi dan beras yang telah dibeli oleh pengilang berjumlah 140,000 tan diproses dan dikeluarkan untuk kegunaan pasaran tempatan dengan serta merta.

Langkah lain, kerajaan turut bersetuju semua kontrak kerajaan mengguna pakai sepenuhnya BPI, sekali gus membolehkan bekalan tambahan BPT sebanyak 20,000 tan dapat diedarkan sepenuhnya di pasaran mulai bulan depan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here