Kilang haram ekstrak plumbum, uranium diserbu Bukit Aman

Kuala Lumpur, Mac.
Sebuah kilang haram yang mengekstrak elemen berharga secara memproses barangan elektrik terbuang dan sisa berjadual, diserbu pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Bukit Aman di Telok Panglima Garang semalam.

Kilang terbabit dikesan beroperasi dalam kawasan ladang sawit yang terletak jauh dari laluan utama dipercayai bagi mengelak mudah dikesan oleh pihak berkuasa.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Risikan, Operasi dan Rekod (D4) JSJ Bukit Aman, Datuk S. Shanmugamoorthy, berkata serbuan Op Lusuh itu dijalankan dengan kerjasama pelbagai agensi pada jam 11 pagi.

Katanya, antara agensi terbabit Jabatan Imigresen Malaysia (JIM); Jabatan Alam Sekitar (JAS); Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL); Pejabat Tanah Kuala Langat; Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia (TM).

“Siasatan awal mendapati kilang disyaki menjalankan aktiviti memproses barangan elektrik dan sisa barangan berjadual untuk diekstrak mengeluarkan elemen berharga seperti emas, plumbum dan uranium.

“Pemeriksaan turut menemui lima tan kabel milik TM yang tidak sepatutnya disimpan di kilang itu dan disyaki barangan curi dianggarkan bernilai RM156,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Shanmugamoorthy berkata, susulan serbuan polis menahan pemilik premis iaitu lelaki tempatan berusia 38 tahun untuk siasatan lanjut.Selain itu, katanya, seramai 49 pekerja warga asing terdiri daripada Bangladesh, Nepal, Myammar dan China turut ditahan dalam serbuan berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here