Langgar mati pelajar, kes Pegawai polis dipindah ke Mahkamah Tinggi

Ipoh, Mac.
Mahkamah Majistret di sini, hari ini membuat keputusan memindahkan kes seorang pegawai kanan polis didakwa membunuh seorang pelajar berusia 17 tahun di Jalan Taman Jati, Meru, 15 Disember lalu, ke Mahkamah Tinggi.

Majistret S. Punitha membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz menyatakan kesediaan untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun, tiada tarikh yang ditetapkan untuk kes tersebut disebut semula di Mahkamah Tinggi.Terdahulu, tertuduh tiba di mahkamah kira-kira jam 9 pagi dengan berpakaian serba hitam, lengkap bertutup kepala dan pelitup muka.

Pada 18 Disember lalu, Mohd Nazri Abdul Razak, 45, dituduh di Mahkamah Majistret sama dan mahkamah kemudiannya menetapkan 7 Februari lalu sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan-laporan berkaitan seperti laporan kimia.Bagaimanapun, Mahkamah Majistret yang bersidang pada 7 Februari menetapkan hari ini sebagai tarikh baharu untuk sebutan semula kes berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here