Kuala Lumpur, Mac.
Adun Kuala Kubu Baharu Lee Kee Hiong meninggal dunia akibat kanser awal hari ini.
Mendiang berusia 58 tahun dan dikatakan telah bergelut melawan kanser sejak beberapa tahun lalu.
Lee adalah wakil rakyat DUN Kuala Kubu Baharu bagi penggal ketiga selepas mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya negeri Selangor 2023.
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dalam kenyataan mengesahkan berita kematian wakil rakyat berusia 58 tahun berkenaan. Beliau nyatakan mewakili Kerajaan Perpaduan Negeri Selangor mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Puan Lee Kee Hiong.
Pemergian beliau adalah kehilangan besar kepada pelbagai pihak dan pasti
dirasai terutamanya oleh penduduk Kuala Kubu Baharu yang sudah lama diwakili
dan dibantu oleh Puan Lee Kee Hiong sejak sebelum dia menjadi wakil rakyat.
Pada PRN Ogos tahun lalu, Lee menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Teoh Kien Hong dengan majoriti 4,119 undi.
Beliau kali pertama mewakili kawasan itu pada 2013 apabila menewaskan Ooi Hui Wen dari MCA dengan majoriti 1,702 undi dan mempertahankannya lima tahun kemudiannya. Pada 2020, Lee mengumumkan dirinya mula menjalani rawatan kanser ovari tahap satu.




















