Sukan Komanwel 2026 -Malaysia tolak anjur

Kuala Lumpur, Mac.
Kabinet memutuskan untuk menolak tawaran menganjurkan Sukan Komanwel 2026 setelah meneliti semua aspek dan implikasi, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Yeoh berkata Jemaah Menteri yang bermesyuarat hari ini telah membincangkan hasil pertemuan beliau dan Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan dengan wakil Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) berhubung tawaran mereka pada 5 Feb lalu.Hasil pertemuan itu dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan antara lain mengutarakan tawaran CGF berjumlah 100 juta pound (RM603 juta) dijangka tidak mampu menampung kos keseluruhan penganjuran temasya sukan berskala besar.

“Selain itu, impak ekonomi tidak dapat dikenal pasti dalam jangka masa singkat ini,” katanya dalam kenyataan sambil menjelaskan fokus kerajaan kini kepada pembangunan sukan selain kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Malaysia sebelum ini ditawarkan oleh CGF untuk menjadi tuan rumah temasya itu bagi menggantikan Victoria, Australia yang menarik diri tahun lalu, di samping turut menawarkan suntikan dana RM603 juta kepada Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here