41kg dadah, 300 botol vape ganja – Penghantar barang ditahan

Melaka, Mac.
Seorang penghantar barang ditahan bersama 41.28 kg dadah jenis ganja dan 300 botol vape yang dipercayai mengandungi cecair ganja dianggarkan bernilai RM130,971 di kawasan Rehat dan Rawat Ayer Keroh di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) menghala ke selatan pada 24 Mac lepas.

Ketua Polis Melaka, Zainol Samah, berkata lelaki berumur 45 tahun itu ditahan kerana dipercayai terlibat dalam sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah, dalam serbuan yang dilakukan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan IPK Melaka pada 1.35 tengah hari.Ketua Polis Melaka Zainol Samah.

Beliau berkata lelaki berkenaan ditahan selepas risikan lebih sebulan dilakukan terhadap pergerakannya yang berperanan sebagai pengedar dadah di sekitar Melaka sejak awal tahun lepas.

“Ketika serbuan dilakukan, suspek berada seorang diri dan pemeriksaan terhadap van yang dipandu mendapati kesemua dadah terbabit disimpan di dalam bonet.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here