‘Aunty Bersih’ menjadi teladan kepada generasi penerus – Anwar

Kuala Lumpur, Mac.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga guru bahasa Inggeris Anne Ooi atau lebih dikenali sebagai ‘Aunty Bersih’ yang meninggal dunia.

Anwar menyifatkan mendiang yang meninggal dunia pada usia 78 tahun akan dikenang sebagai aktivis gigih dan menjadi teladan kepada generasi penerus untuk terus mendesak membawa perubahan,katanya menerusi status yang dimuat naik di akaun Facebook.

Turut mengucapkan takziah ialah Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang memaklumkan mendiang menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga di Australia.

“Saya memang sudah lama kenal dengan mendiang, menerusi anak perempuannya Elaine Pedley, penari-koreografer dan sahabat yang dekat dengan keluarga. Kami saling mengenali, dan bertambah rapat di jalan-jalan di Kuala Lumpur, dalam perhimpunan, perjumpaan (termasuk Bersih), sejak beberapa tahun lepas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here