Jangan simbah minyak ke dalam api – Polis

Kuala Lumpur, Mac.
Bukit Aman memberi amaran keras kepada semua pihak supaya berhenti memanaskan isu berkaitan 3R yang merujuk kaum, agama dan raja, khususnya dalam isu terkini membabitkan penjualan stoking kalimah Allah oleh KK Mart.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, turut menyarankan semua pihak supaya ‘stand down’ (kembali bertenang) berikutan tindakan undang-undang dalam isu berkenaan sedang berjalan.

“Bawa bertenang, jangan burukkan keadaan, cukup-cukuplah,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Komen itu merujuk perkembangan terkini dalam isu membabitkan penjualan stoking tertera kalimah Allah apabila sebuah cawangan KK Mart di Perak menjadi sasaran apabila dibaling bom jenis molotov semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here