Vigneswaran kekal Presiden MIC untuk penggal ketiga berturut-turut

Kuala Lumpur, Mac.
Tan Sri S. A. Vigneswaran pertahan jawatan Presiden MIC untuk penggal ketiga apabila menang tanpa bertanding sebaik tempoh pencalonan bagi pemilihan kepimpinan baru parti itu ditutup jam 12 tengah hari tadi.

Keputusan itu seiring resolusi dipersetujui perwakilan parti berkenaan ketika Perhimpunan Agung MIC ke-77 November tahun lalu, yang memutuskan menghalang sebarang pertandingan untuk jawatan presiden dan timbalan presiden pada pemilihan kali ini.

Pemilihan Vigneswaran untuk kekal dengan jawatan disandangnya ketika ini diumumkan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan di ibu pejabat parti itu hari ini.

“Tahniah diucapkan kepada Tan Sri S.A. Vigneswaran yang mengekalkan jawatannya sebagai Presiden MIC bagi penggal 2024 hingga 2026,” menurut kiriman di Facebook MIC hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here