Pelajar asing maut jatuh dari tingkat 33 apartmen

Kajang, Dis-

Pelajar perempuan warga asing ditemukan maut dipercayai terjatuh selepas tergelincir daripada tingkat 33 ketika mahu keluar melalui tingkap kerana pintu tandas rosak di sebuah apartmen, di sini, semalam.

Mangsa berusia 19 tahun yang juga pelajar di sebuah universiti awam ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah di koridor tingkat 12 oleh orang awam sebelum menghubungi pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 6.34 petang

Menurutnya, pemeriksaan pihak perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia dan pasukan Forensik polis turut ke lokasi kejadian bagi membantu siasatan.

“Mangsa dipercayai tergelincir daripada tingkat 33 dalam usaha untuk keluar melalui tingkap tandas kerana pintu tandas mengalami kerosakan sebelum mangsa terjatuh ke koridor tingkat 12 apartmen berkenaan.

“Hasil bedah siasat yang dilakukan di Hospital Serdang pada 10 pagi tadi mendapati punca kematian mangsa adalah pelbagai kecederaan akibat jatuh daripada tempat tinggi,” katanya dalam kenyataan, di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here