Budak maut jatuh van, kekasih ibu ditahan

Seremban, Mac.

Polis menahan seorang lelaki tempatan di sebuah rumah di Bandar Sunggala, Port Dickson dekat sini pada Selasa lalu bagi membantu siasatan membabitkan kes pengabaian seorang kanak-kanak perempuan tiga tahun.

Ketua Polis Port Dickson, Aidi Sham Mohamed, berkata pihaknya menerima laporan daripada Hospital Port Dickson pada Ahad lepas memaklumkan mangsa dalam keadaan kritikal akibat terjatuh daripada kenderaan.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku 15 Mac lepas kira-kira 8.30 malam, ketika suspek yang dipercayai teman lelaki kepada ibu mangsa berusia 38 tahun itu ingin membuka pintu van semasa berhenti di sebuah kedai, dalam perjalanan dari Taman Anggerik ke Taman Mayung, Teluk Kemang.

“Ekoran kejadian tersebut, kanak-kanak terbabit mengalami kecederaan lebam di beberapa bahagian anggota badan dan mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar di sini pada 6.04 petang kelmarin,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here