Mesyuarat tergempar jawatankuasa harmoni

Kuala Lumpur, Apr.
Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama yang dikendalikan bersama Kementerian Perpaduan Negara dan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) akan mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan polemik perkauman dan agama yang semakin meruncing ketika ini.

Dalam kenyataan bersama, Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Na’im Mokhtar berkata tindakan itu bagi mengambil langkah segera dalam menjamin keharmonian rakyat dan negara.

“Sejak beberapa minggu ini, negara terus menerus dilanda dengan pelbagai insiden berhubung sensitiviti agama dan perkauman termasuk baru-baru ini di KK Mart, Kuching yang disebabkan oleh individu tidak bertanggungjawab.

“Amaran tegas kepada kesemua individu agar tidak sama sekali mencetuskan polemik perkauman yang lampau sehingga mewujudkan ketegangan sosial dalam kalangan rakyat berbilang bangsa, agama dan budaya di Malaysia,” kata mereka dalam kenyataan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here