Shah Alam, Apr.
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjunjung tinggi titah Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin yang mahukan penambahbaikan dalam pendekatan mengurus anjing berkeliaran di bandar raya itu.
Datuk Bandar Cheremi Tarman berkata dalam hal itu, pihaknya akan memperbanyakkan lagi sesi perjumpaan dan perbincangan dengan penduduk bagi memberi kefahaman tentang kaedah MBSA menguruskan anjing-anjing liar di kawasan pentadbirannya.
Selain itu, katanya MBSA juga akan merujuk kepada kerajaan negeri sama ada pekeliling mengenai tatacara penangkapan dan pelupusan anjing terbiar boleh diubah, khususnya menggantikan perkataan ‘pelupusan’ dengan perkataan yang lebih sesuai.
“Kita akan rujuk kerajaan negeri untuk bawa kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi diperbaiki pekeliling sedia ada, antaranya menggantikan perkataan ‘pelupusan’ yang maksudnya boleh memberi gambaran negatif, khususnya kepada pertubuhan bukan kerajaan dan pencinta haiwan.